Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sanggup terbang 9,600km dari Athens gara-gara 'kempunan' nasi lemak

Berapa jauhkah anda sanggup menjelajah demi menikmati sepinggan nasi lemak? Bagi seorang warga Britain berusia 45 tahun, rasa teringin untuk menjamah makanan Melayu itu membawanya jauh dari Greece ke Kuala Lumpur!

Anggaran Waktu Membaca:
Sanggup terbang 9,600km dari Athens gara-gara 'kempunan' nasi lemak

Demi sepinggan nasi lemak, Encik Darren Cronian sanggup terbang jauh (Gambar: YouTube/remotedarren)

Diterbitkan : 09 Nov 2019 09:53AM Dikemas Kini : 09 Nov 2019 09:56AM

KUALA LUMPUR: Berapa jauhkah anda sanggup menjelajah demi menikmati sepinggan nasi lemak?

Bagi seorang warga Britain berusia 45 tahun, rasa teringin untuk menjamah makanan Melayu itu membawanya jauh dari Greece ke Kuala Lumpur!

Usahawan online dan bintang YouTube Darren Cronian pada awalnya merancang untuk menghabiskan musim sejuk di Greece. Namun apabila ternampak gambar sepinggan nasi lemak yang ‘menggiurkan’ di Instagram, beliau serta-merta menukar rancangan.

Tidak lama kemudian, Encik Cronian sudahpun dalam perjalanan dari Athens ke Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan itu.

"Saya terbang dari Athens ke Singapura, yang mengambil masa kira-kira 11 jam. Selepas persinggahan enam jam di Singapura, saya ke Kuala Lumpur," beliau memberitahu Malay Mail.

Setibanya di Kuala Lumpur, tanpa berlengah Encik Cronian terus menyantap sepinggan nasi lemak dengan ayam goreng.

Meskipun perjalanannya jauh dan masih berasa 'jet lag', beliau menyifatkan perjalanan itu sungguh berbaloi.

‘Cinta’ Encik Cronian terhadap nasi lemak berputik lima tahun lalu apabila beliau pertama kali mengunjungi Malaysia dan memakan hidangan itu.

"Ia hidangan yang pertama saya cuba di Kuala Lumpur. Seperti warga Britain yang lain, saya memakan setiap lauk di pinggan secara berasingan," kata beliau.

"Setelah melihat rakyat tempatan makan menggunakan tangan dan menggaul kesemua bahannya, saya tergerak untuk menirunya," tambah beliau lagi.

Encik Cronian, yang menggemari makanan pedas, mengakui bahawa hidangan itu lebih lazat dimakan apabila dimakan dengan cara penduduk tempatan.

Selain nasi lemak, beliau juga pernah mencuba pelbagai hidangan tempatan lain seperti laksa Sarawak, mi goreng mamak, 'mee kolo' dan manis-manisan tradisional India.

Sumber : Today/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan