Skip to main content

Dunia

Sanggup menyamar sebagai mangsa banjir untuk dapatkan RM500

: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengesan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mendaftar sebagai mangsa banjir untuk mendapatkan wang ihsan RM500 (S$165).

Anggaran Waktu Membaca:
Sanggup menyamar sebagai mangsa banjir untuk dapatkan RM500

Gambar fail banjir di Kelantan. (Gambar: Facebook Hanya Di Kelate)

Diterbitkan : 04 Dec 2017 02:12PM Dikemas Kini : 04 Dec 2017 02:13PM

KOTA BHARU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengesan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mendaftar sebagai mangsa banjir untuk mendapatkan wang ihsan RM500 (S$165), menurut Berita Harian Malaysia.

Menurut Timbalan menteri Datuk Ahmad Jazlan Yaakob pihaknya sukar untuk mengesan memandangkan status sebenar mangsa banjir di Pusat-Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah terlalu ramai.

"Saya dapat berita orang tak layak daftar di pusat pemindahan untuk dapat sumbangan. Jangan kita pergi daftar lepas tu tak duduk di Pusat Pemindahan sedangkan rumah kita air lalu sahaja depan rumah dan belum tenggelam. Tapi kerana nak dapatkan bantuan maka kita daftar sebagai mangsa," katanya ditukil laman Berita Harian Malaysia.

Bagi perkembangan banjir Encik Jazlan turut mengingatkan penduduk di Kelantan dan di kawasan terlibat supaya bersedia untuk menghadapi gelombang kedua kerana kebiasaannya Kelantan dilanda banjir lebih daripada sekali.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita