Sandiaga Uno harap diberi peluang sekali lagi jadi calon Naib Presiden Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook
JAKARTA: Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno berharap beliau diberi peluang sekali lagi sebagai calon Naib Presiden pada pilihan raya negara itu pada 2024.
Bagaimanapun, beliau sedia maklum, keputusan mencalonkan pasangan bagi jawatan Presiden dan Naib Presiden negara itu merupakan hak pucuk kepimpinan parti politik.
“Saya pernah menjadi calon Naib Presiden pada 2019, walaupun belum diberikan amanah.
"Saya akan berasa terhormat sekiranya diberikan (peluang) sekali lagi, tetapi keputusan itu ada di tangan pucuk pimpinan parti politik,” katanya menurut laporan portal-portal berita Indonesia.
Justeru, Encik Sandiaga berkata, sekalipun persaingan dalam politik tidak dapat dielakkan, namun, apa yang perlu dimiliki ialah kerjasama yang baik.
Dalam hal ini, pemimpin berusia 54 tahun itu memberikan contoh bagaimana beliau dan Encik Prabowo diberi peluang oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi).
"Jokowi sudah memberikan contoh pada 2019. Saya dulu pesaing beliau tapi dengan sokongan warga Sulawesi Selatan kita mampu memperlihatkan satu pertandingan yang sihat.
"Sejarah 2019 ditutup dengan Jokowi mengajak saya dan Prabowo bergabung dalam pemerintahan,” kata Encik Sandiaga.
Pada masa yang sama, beliau menegaskan, tidak kira siapa sekalipun yang terpilih sebagai Presiden dan Naib Presiden pada 2024, semua pihak harus sama-sama bekerja untuk negara.
Ketika ini, nama Encik Sandiaga disebut-sebut sebagai calon Naib Presiden oleh Parti Persatuan Pembangunan (PPP) bersama-sama calon Presiden iaitu, Ganjar Pranowo.
Pada Pemilihan Presiden (Pilpres) 2019, Encik Sandiaga merupakan calon untuk kedudukan nombor dua mengiringi Encik Prabowo Subianto yang mencuba nasib bagi jawatan Presiden Indonesia.
Bagaimanapun, Encik Prabowo dan Encik Sandiaga kalah di tangan Presiden Jokowi yang ketika itu dinamakan sebagai calon Presiden yang juga penyandang jawatan itu, sementara Naib Presiden negara itu dimenangi oleh Maaruf Amin.
Sekalipun gagal mara pada Pilpres 2019, namun Encik Prabowo dan Encik Sandiaga dilantik oleh Presiden Jokowi untuk menganggotai Kabinet beliau.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.