San Francisco dilanda ribut paling buruk dalam sejarah
SAN FRANCISCO: Sekurang-kurangnya seorang maut akibat dihempap pokok tumbang ketika Kawasan Teluk San Francisco, California Utara dilanda ribut yang menyebabkan air naik lebih lima inci pada Sabtu (31 Dis).
Demikian menurut laporan penyiar awam NBC dan agensi berita Xinhua.
Kebanyakan jalan di wilayah itu masih ditutup akibat banjir dan ribut, manakala hampir 15,000 penduduk di Bay Area terputus bekalan elektrik, menurut Syarikat Gas dan Elektrik Pasifik pada Ahad (1 Dis).
Ribut yang melanda pada hujung minggu itu hampir memecah rekod yang dicatatkan pada 1994.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melaporkannya sebagai hari kedua paling basah dalam tempoh lebih 170 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.