Samsung Electronics rancang kurangkan 30% pekerjaan global
Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Pengeluar telefon bijak, TV dan cip memori terkemuka dunia,Samsung Electronics, akan mengurangkan sehingga 30 peratus tenaga kerja globalnya di beberapa divisyen, kata tiga sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai perkara kepada Reuters.
Samsung yang berpangkalan di Korea Selatan telah mengarahkan anak syarikatnya di seluruh dunia untuk mengurangkan kakitangan dalam bahagian jualan dan pemasaran sebanyak kira-kira 15 peratus dan kakitangan pentadbiran sehingga 30 peratus, kata dua sumber.
Pelan itu akan dilaksanakan menjelang akhir 2024 dan memberi kesan kepada pekerjaan di seluruh Amerika, Eropah, Asia dan Afrika, kata seorang lagi sumber. Enam orang lain yang biasa dengan perkara itu juga mengesahkan pengurangan jumlah pekerja global yang dirancang oleh Samsung.
Masih tidak jelas berapa ramai orang yang akan dilepaskan dan negara serta unit perniagaan mana yang paling terjejas.
Dalam satu kenyataan, Samsung berkata penyesuaian pada tenaga kerja yang dijalankan di beberapa operasi di luar negara adalah perkara rutin, dan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan. Tambahnya, tiada sasaran khusus ditetapkan untuk rancangan itu, dan ia tidak memberi kesan kepada kakitangan pengeluarannya.
Menurut laporan kemampanan terbaharunya, Samsung menggajikan sejumlah 267,800 orang pada akhir 2023, dengan lebih separuh, atau 147,000 pekerjanya, berpangkalan di luar negara.
Bahagian pengilangan dan pembangunan membentuk sebahagian besar pekerjaan tersebut. Jumlah kakitangan jualan serta pemasarannya adalah sekitar 25,100, manakala 27,800 orang bekerja di bahagian lain, kata laporan itu.
"Mandat global" mengenai pemberhentian kerja telah dihantar kira-kira tiga minggu lalu, dan operasi Samsung di India telah pun menawarkan pakej pemberhentian kepada beberapa pekerja peringkat pertengahan.
Jumlah pekerja yang mungkin perlu meninggalkan unit di India itu boleh mencapai 1,000 orang, tambah sumber terebut. Samsung menggajikan kira-kira 25,000 orang di India.
Di China, Samsung telah memaklumkan kakitangannya mengenai pemberhentian kerja yang dijangka menjejaskan kira-kira 30 peratus pekerja dalam operasi jualan, lapor sebuah akhbar Korea Selatan pada September.
Mediacorp sudah menghubungi Samsung Singapura untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Saham dalam Samsung Electronics, saham paling bernilai Korea Selatan, didagangkan pada paras terendah dalam tempoh 16 bulan pada Rabu, apabila beberapa penganalisis mengurangkan anggaran keuntungan untuk syarikat itu baru-baru ini, memetik pemulihan yang lemah dalam permintaan untuk telefon bijak dan komputer peribadi.

Sumber : Reuters/SU/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.