Samseng bergaduh, dua pelancong maut
Dua pelancong terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan samseng dekat dengan sebuah pusat beli-belah di ibu kota Thailand, malam semalam (7 Okt).
BANGKOK: Dua pelancong terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan samseng dekat dengan sebuah pusat beli-belah di ibu kota Thailand, malam semalam (7 Okt).
Kejadian itu berlaku pada 8.30 malam (waktu tempatan) di sebatang jalan raya di belakang Hotel Centara Watergate Pavillion di kawasan Pratunam, di mana bas-bas pelancong diletakkan.
Sebahagian daripada mangsa adalah pelancong India yang baru selesai makan malam di pusat beli belah Watergate Pavillion dan menunggu bas mereka.
Ketika mereka di situ, dua kumpulan lelaki keluar dari kelab snuker berhampiran, meurut jurucakap polis Senit Samararn Samruajkit.
Menurut saksi, terdapat kira-kira 20 lelaki bersenjata pistol, pisau dan kayu terlibat dalam pergaduhan itu.
Bangkok Post melaporkan, kesemuanya melarikan diri sebaik pihak berkuasa tiba di tempat kejadian.
Dua pelancong yang maut adalah warga India, Gakhrejr Dheeraj, 42 tahun dan Keovongsa Thonekeo dari Laos, 28 tahun.
Seorang lagi pelancong India bersama dua warga tempatan cedera akibat terkena tembakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.