'Sampai bila rakyat tanggung keadaan sebegini?', keluh Sultan Ibrahim
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/ Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar beranggapan khabar angin mengenai kemungkinan berlaku pertukaran kerajaan di luar pilihan raya sekali lagi perlu dihentikan dengan segera.
Melalui kenyataan yang dimuat naik ke Facebook pada Rabu malam (3 Mei), Sultan Ibrahim berkata beliau berasa bimbang dengan desas-desus berkenaan walaupun pilihan raya umum (PRU) sudah enam bulan berlalu.
Dalam PRU tersebut, kata Sultan Ibrahim, rakyat meletakkan harapan yang tinggi dan memberi undi masing-masing untuk memilih 222 ahli parlimen bagi mengembalikan kestabilan dalam negara.
Namun, kata beliau, sehingga kini, semua 222 ahli parlimen berkenaan masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina, lapor Malaysiakini.
"Keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan (masyarakat) negara kita, baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.
“Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini?"
"Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan,” katanya.
Desas-desus mengenai pertukaran kerajaan - atau perdana menteri - mula kedengaran selepas dimainkan sesetengah pihak, khususnya selepas Pakatan Harapan (PH) terpaksa bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan pada tahun lalu.
Walaupun PH menang kerusi paling banyak dalan PRU ke-15 yang diadakan pada 19 November 2022, ia belum mencukupi untuk gabungan berkenaan membentuk kerajaan kerana gagal mendapat majoriti.
Hal itu mendorong kerjasama dibina antara PH dengan BN di sebalik perseteruan yang panjang di antara kedua-dua parti. Ia kemudian disertai gabungan parti dari Sabah dan Sarawak.
Bagaimanpun akhir-akhir ini, lapor Malaysiakini, khabar angin itu disemarakkan lagi dengan pelbagai cara. Misalnya, catatan berteka-teki salah oleh seorang pemimpin kanan Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman, pada Rabu.
"Wartawan tanya pasal 126 tu. Saya sebut maaf tiada komen. Hanya tunggu dan lihat. Saya juga tak pernah cakap nombor itu apa, kan?
"Tapi dulu Anwar (Ibrahim) pun selalu sebut. I have the numbers (saya ada angkanya)," tulisnya.
Pada Rabu, PAS dilaporkan bekerjasama dengan mantan perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang kini menjadi antara pengkritik utama kerajaan.
Menurut Presiden PAS Abdul Hadi Awang, parti itu memberikan sokongan kepada Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan Dr Mahathir kerana ia selaras dengan "prinsip asal perjuangan Islam."
Dakwaan tentang ketidakstabilan politik di Malaysia menjadi berleluasa apabila portal berita The Vibes pada 24 April lalu melaporkan bahawa terdapat rancangan untuk memecat PM Anwar daripada jawatannya melalui pilihan raya kecil dalam kalangan Ahli Parlimen BN yang tidak menyokongnya.
Berikutan itu, Encik Anwar berkata pada Isnin bahawa gabungan empat parti politik utama dalam Kerajaan Perpaduan cukup kuat dan berupaya untuk menangkis komplot menjatuhkan kerajaan.
Beliau juga memberitahu wartawan bahawa perikatan politik dalam Kerajaan Perpaduan - Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) - sudah menyatakan komitmen untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.