Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Samoa lanjutkan darurat campak; New Zealand bantu biaya kempen vaksinasi Pasifik

Negara pulau Pasifik Selatan, Samoa, pada Sabtu (14 Dis) melanjutkan keadaan darurat akibat wabak campak yang sudahpun meragut 72 nyawa - kebanyakannya bayi. Sementara itu, New Zealand mengumumkan suntikan dana AS$640,700 (S$867,000) untuk membantu memerangi wabak campak di Pasifik. 

Anggaran Waktu Membaca:
Samoa lanjutkan darurat campak; New Zealand bantu biaya kempen vaksinasi Pasifik

Pemandangan ibu kota Samoa, Apia, pada 12 Julai 2019. (Gambar fail: Jonathan Barrett/REUTERS)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 08:20PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 08:22PM

MELBOURNE: Negara pulau Pasifik Selatan, Samoa, pada Sabtu (14 Dis) melanjutkan keadaan darurat akibat wabak campak yang sudahpun meragut 72 nyawa - kebanyakannya bayi. Sementara itu, New Zealand mengumumkan suntikan dana AS$640,700 (S$867,000) untuk membantu memerangi wabak campak di Pasifik.

Samoa menyatakan keadaan darurat akan dilanjutkan hingga 29 Disember dengan 5,154 kes baru kini dilaporkan sejak wabak itu tercetus pada Oktober lalu. Kepulauan itu hanya didiami 200,000 penduduk.

Kes campak mula muncul secara besar-besaran awal tahun ini di kota Auckland, New Zealand, iaitu sebuah hab bagi perjalanan ke dan dari pulau-pulau kecil Pasifik Selatan.

Sebilangan besar mangsa yang mati di Samoa akibat penyakit berjangkit itu berusia empat tahun dan ke bawah. Negara pulau itu mempunyai kadar vaksinasi lebih rendah berbanding negara-negara jiran di rantau tersebut.

Menyusuli satu kempen imunisasi wajib, pemerintah Samoa menyatakan sekitar 93 peratus daripada keseluruhan orang yang layak di kepulauan itu sudahpun mendapatkan suntikan vaksin terhadap campak.

Di bawah rancangan tersebut, kanak-kanak di bawah usia lima tahun dan ibu baru serta keluarga mereka disasarkan untuk menerima vaksin. Pembiayaan itu akan disalurkan kepada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO menyifatkan kematian kanak-kanak daripada penyakit yang boleh dicegah menerusi vaksin sebagai satu "kegagalan kolektif" untuk melindungi kanak-kanak palling mudah terjejas di dunia.

Pertubuhan itu menyatakan campak menjangkiti hampir 10 juta orang pada 2018 dan mengorbankan 140,000 jiwa, kebanyakannya kanak-kanak.

Gambaran bagi 2019 bahkan lebih buruk, menurut WHO, dengan perangkaan sementara sehingga November menunjukkan kenaikan jumlah kes tiga kali lebih banyak berbanding tempoh sama pada 2018.

Wabak campak tercetus tahun ini di Republik Demokratik Congo, Madagascar dan Ukraine.  

Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa