Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Samoa lancar kempen suntikan vaksin campak, isytihar perintah berkurung

Samoa berada dalam keadaan kawalan ketat selama dua hari mulai Khamis (4 Dis) sedang pihak berkuasa melancarkan kempen suntikan vaksin secara beramai-ramai bagi membendung penularan campak.

Anggaran Waktu Membaca:
Samoa lancar kempen suntikan vaksin campak, isytihar perintah berkurung

Kadar imunisasi di Samoa meningkat kepada lebih 55% sejak kempen pemvasiknan besar-besaran yang diwajibkan bermula 2 minggu lalu. (Gambar: Allan Stephen/AFP)

Diterbitkan : 05 Dec 2019 07:17PM Dikemas Kini : 05 Dec 2019 07:19PM

SYDNEY: Samoa berada dalam keadaan kawalan ketat selama dua hari mulai Khamis (4 Dis) sedang pihak berkuasa melancarkan kempen suntikan vaksin secara beramai-ramai bagi membendung penularan campak.

Para pegawai mengarahkan semua perniagaan, perkhidmatan pemerintah tidak penting dan perkhidmatan feri antara pulau untuk tutup selain menasihati kereta-kereta privet supaya elak menggunakan jalan raya.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak keluar rumah dan menggantung bendera merah di luar tempat tinggal jika mereka memerlukan suntikan vaksin.

Wabak tersebut, yang bermula pada Oktober lalu, meragut lebih 60 nyawa sejauh ini dengan kebanyakan mangsanya adalah kanak-kanak kecil.

Kadar imunisasi di Samoa adalah kira-kira 30 peratus sebelum wabak itu tercetus dan jumlahnya meningkat kepada lebih 55 peratus sejak kempen pemvaksinan besar-besaran yang diwajibkan bermula dua minggu lalu.

Ketua Pulau Pasifik UNICEF Sheldon Yett berkata tujuan gerakan selama dua hari minggu ini adalah untuk meningkat kadar imunisasi ke atas 90 peratus, yang sepatutnya membantu membendung wabak semasa dan menghentikan wabak pada masa kelak.

Campak dijangkiti lebih 4,200 orang di negara-negara Pasifik Selatan dengan penduduk seramai 200,000.

Sumber : AFP/NF/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa