Sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia dibatalkan susuli nahas 2 helikopter terhempas
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi berita
PETALING JAYA: Sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibatalkan menyusuli kejadian dua helikopternya berlanggar dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada pagi Selasa (23 Apr).
Menteri Pertahanan Malaysia Khaled Nordin berkata keputusan itu mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM.

“Kita akan batalkan, ganti dengan majlis bacaan doa selamat dan tahlil Jumaat ini,” katanya pada sidang media di Pangkalan TLDM Lumut Perak, menurut Free Malaysia Today.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.00 pagi, Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan Helikopter Fennec milik TLDM dilaporkan berlanggar sebelum terhempas, mengorbankan 10 anak kapal.
Menurut laporan Free Malaysia Today, para mangsa yang terkorban adalah empat kru dan tiga penumpang yang menaiki pesawat HOM, iaitu Pegawai Memerintah Skuadron 503 Muhammad Firdaus Ramli, dan Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin,
Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; Muhammad Faisol Tamadun; Noorfarahimi Mohd Saedy, Noor Rahiza Anuar dan Joanna Felicia anak Rohna.
Tiga kru menaiki Fennec yang turut terkorban terdiri daripada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Muhamad Amir Mohamad; T Sivasutan dan Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
Difahamkan, kedua-dua helikopter itu yang berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi Selasa bertembung semasa latihan lintas hormat sempena Hari TLDM ke-90, lapor Free Malaysia Today.
Helikopter HOM itu dilaporkan terhempas di Stadium TLDM, manakala FENNEC terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.