Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sambutan Syawal warga Afghanistan suram dek sekatan AS

Sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap pentadbiran baru Afghanistan turut menjejas keupayaan penduduk negara itu untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Anggaran Waktu Membaca:
Sambutan Syawal warga Afghanistan suram dek sekatan AS

Seorang jurujual menyusun kek di kedai kuihnya di Kandahar, Afghanistan, menjelang sambutan Aidilfitri. (Gambar hiasan: AFP)

KABUL: Sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap pentadbiran baru Afghanistan turut menjejas keupayaan penduduk negara itu untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Abdul Sabir, seorang penduduk Kabul, terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas pergi ke sebuah pasar tempatan untuk untuk membeli buah-buahan kering serta pakaian buat anak-anaknya bagi menyambut Lebaran.

"Saya tidak mampu membeli apa-apa untuk Aidilfitri, bahkan tidak mampu membeli pakaian buat anak-anak kerana harga semua barangan termasuk buah-buahan kering sudah melambung melampaui kuasa beli kami," kata Sabir kepada agensi berita Xinhua.

Beliau menambah suasana riuh-rendah dan meriah yang lazimnya dilihat di bazar tersebut bertukar menjadi sunyi sepi secara mendadak berbanding tahun lalu.

"Orang ramai tidak mampu beli apa yang mereka inginkan."

Mengikut tradisi budaya Afghanistan, penduduk akan membeli buah-buahan kering, biskut, kuih-muih dan beraneka jenis juadah sempena sambutan Aidilfitri selama tiga hari, yang jatuh pada Isnin tahun ini, bagi menandakan akhirnya bulan Ramadan.

Selepas pengunduran tenteranya dari Afghanistan, AS mengenakan sekatan terhadap negara yang dilanda perang itu dan membekukan aset bernilai lebih AS$9.5 bilion (S$12.4 bilion) dalam bank-bank AS.

"Amerika sudah mengenakan sekatan ke atas negara kami dan menyekat wang kami dalam bank," kata penjual buah-buahan kering, Ahmad Jawad.

Mengeluh tentang kenaikan harga buah-buahan kering di pasaran, Jawad berkata, "harga 1 kilogram badam adalah 650 afghani (S$10) tahun lalu tetapi tahun ini ia berharga 850 afghani (S$13)."

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan