Sambutan meriah Tahun Baru Cina di beberapa negara Asia dan Barat
Lebih satu bilion orang Cina di merata dunia menyambut Tahun Baru selama 15 hari. Laporan berikut membawakan kemeriahan suasana perayaannya di beberapa negara.
DUNIA: Lebih satu bilion orang Cina di merata dunia menyambut Tahun Baru selama 15 hari.
Di Beijing, China, ketibaan Tahun Kambing disambut dengan pukulan loceng purba sebanyak 108 kali sebagai melambangkan tuah. Orang ramai juga melawat kuil-kuil untuk menyalakan colok sambil memohon keamanan dan kemakmuran sepanjang tahun baru ini.
Suasana perayaan tidak kurang meriah di Filipina, dengan persembahan tarian naga, singa dan letupan mercun.
Di Jakarta, masyarakat Cina melepaskan burung di kuil Dharma Bhakti untuk menandakan tuah dan kemakmuran.
Selain di Asia, perayaan tahun baru Cina juga di sambut di benua lain termasuk Eropah.
Dataran Old Town di Prague, Czech bertukar menjadi Chinatown sempena Tahun Baru Cina. Ribuan penduduk tempatan disajikan dengan persembahan tarian serta pelbagian makanan masyarakat Cina. Mereka juga dapat melihat pameran tanglung serta karya seni lain kaum itu.
Di Australia, bumbung bangunan Opera House di Sydney bertukar warna merah pada malam semalam sempena Tahun Baru Cina. Merah merupakan warna yang membawa erti semangat, nasib dan rahmat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.