Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sambutan kemahkotaan Raja Charles III diteruskan dengan majlis santapan diraja, konsert

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Sambutan kemahkotaan diraja Britain diteruskan pada Ahad (7 Mei) dengan majlis santapan diraja yang dihadiri oleh kerabat diraja dan konsert "star-studded" di Istana Windsor.

Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camilla akan menyertai kira-kira 20,000 orang awam pada konsert kemahkotaan bersama kaum kerabat lain, dan menyaksikan persembahan "Take That,” Katy Perry dan Lionel Richie, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Terdapat juga persembahan oleh Paloma Faith, Olly Murs, pemain gitar rock veteran Steve Winwood, Nicole Scherzinger dan pemain piano Cina Lang Lang.

Menjelang persembahan pada petang Ahad, beribu-ribu pesta jalanan dijangka diadakan dan orang ramai digalakkan untuk berkumpul di seluruh negara untuk “Coronation Big Lunch”.

Pada Sabtu, istiadat kemahkotaan diraja itu menghimpunkan kira-kira 100 ketua negara, raja dan permaisuri dari seluruh dunia, selebriti, dan kaum kerabat serta rakan-rakan pasangan diraja itu.
Pasangan itu sebelum ini mengenakan mahkota serta sepersalinan mewah ketika muncul di balkoni Istana Buckingham di saat orang ramai membanjiri kawasan itu meskipun hujan turun lebat.
Sumber : Bernama/SU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan