Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sambutan 4 hari Jubli Platinum Ratu Elizabeth II berakhir hari ini

Anggaran Waktu Membaca:
Sambutan 4 hari Jubli Platinum Ratu Elizabeth II berakhir hari ini

Gambar: HENRY NICHOLLS / POOL / AFP

Diterbitkan : 05 Jun 2022 07:00PM Dikemas Kini : 05 Jun 2022 07:41PM

LONDON: Hari ini (5 Jun) adalah hari terakhir sambutan empat hari Jubli Platinum Ratu Elizabeth II naik takhta, 70 tahun lalu.

Satu perbarisan akan diadakan bagi menjejaki laluan serupa ketika ketua kerabat DiRaja Britain itu menjalani pertabalan pada 1952.

Malam semalam, puluhan ribu orang membanjiri kawasan sekitar Istana Buckingham, bagi menyaksikan konsert yang melibatkan kugiran Queen, Sir Rod Stewart dan Diana Ross.

Ratu Elizabeth tidak hadir tetapi para anggota kerabat lebih muda seperti cucunya, Putera George kelihatan hadir.

Putera Charles turut menyampaikan sanjungan bagi ibunya atas perkhidmatan selama 70 tahun kepada Britain.

Pelbagai sambutan diadakan sejak Khamis lalu (2 Jun) bagi Jubli Platinum Ratu Elizabeth II.

Tetapi sebilangan acara itu tidak dapat dihadiri Ratu Elizabeth kerana masalah pergerakan.

Ratu Elizabeth 96 tahun naik takhta pada usia 25 tahun, selepas kematian bapanya pada 1952.

Sumber : Agensi berita/AZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan