AS sambung semula bantuan kemanusiaan kepada Pyongyang
Amerika Syarikat dilaporkan mula menyambung semula bantuan kemanusiaan kepada Pyongyang.
WASHINGTON: Amerika Syarikat dilaporkan mula menyambung semula bantuan kemanusiaan kepada Pyongyang.
Langkah itu dibuat menjelang sidang puncak kedua antara Presiden Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un lewat bulan ini.
Encik Trump berkata tarikh dan tempat bagi sidang puncak itu akan diumumkan minggu depan.
Di sebalik rasa optimis Encik Trump itu Duta Amerika ke Pyongyang, Stephen Biegun, memberi amaran, Washington mempunyai rancangan darurat sekiranya usaha diplomasi gagal.
Menurutnya Pyongyang harus membentangkan perisytiharan menyeluruh mengenai program-program nuklear dan peluru berpandunya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.