Skip to main content

Dunia

Salji tebal cetus gangguan di Jerman dan Perancis; Menara Eiffel ditutup

Anggaran Waktu Membaca:
Salji tebal cetus gangguan di Jerman dan Perancis; Menara Eiffel ditutup

(Gambar: Dimitar DILKOFF / AFP)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 23 Nov 2024 10:26AM
KARLSRUHE: Salji lebat melanda beberapa kawasan di barat Eropah, menyebabkan gangguan serius kepada lalu lintas dan memaksa Menara Eiffel ditutup buat sementara waktu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Khidmat kecemasan di wilayah Baden-Wurttemberg di barat daya Jerman digerakkan untuk membantu lebih 380 insiden berkaitan cuaca dalam tempoh 18 jam, menurut polis pada Jumaat (22 Nov).

Jurucakap polis berkata sekurang-kurangnya 30 orang cedera, kebanyakannya mengalami kecederaan ringan, dengan kerosakan melebihi AS$1.04 juta.

Kawasan yang paling teruk terjejas ialah bandar Freiburg dan Constance, yang polis dipanggil untuk menangani masing-masing 135 dan 140 operasi berkaitan cuaca antara petang Khamis dan pagi Jumaat, menurut pihak berkuasa.

Di wilayah Perancis yang bersempadan dengan Jerman, sekitar 1,750 lori terkandas di lebuh raya, dengan wilayah utara Burgundy dan Normandy paling teruk terjejas, kata Menteri Pengangkutan Francois Durovray kepada stesen penyiar BFMTV.

Beratus-ratus kenderaan berat terkandas di laluan yang sukar selepas pemandu dikatakan tidak mengendahkan larangan berkaitan keadaan cuaca.

Ramai pemandu terpaksa bermalam di dalam kenderaan mereka.

Khidmat kereta api juga terganggu di Perancis, manakala 200,000 isi rumah turut terputus bekalan elektrik disebabkan cuaca, menurut syarikat perbekalan Enedis.

Di Paris, Menara Eiffel ditutup buat sementara waktu kepada pengunjung selepas diselubungi salji.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita