Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Salji diramal muncul semula di puncak Gunung Fuji minggu depan

Gunung Fuji di Jepun, yang masih belum diselaputi salji untuk tempoh yang paling lama sejak pengambilan rekod dimulakan 130 tahun lalu, dijangka akan menyaksikan puncaknya diliputi salji pada minggu depan.

Anggaran Waktu Membaca:
FUJIKAWAGUCHI: Gunung Fuji di Jepun, yang masih belum diselaputi salji untuk tempoh yang paling lama sejak pengambilan rekod dimulakan 130 tahun lalu, dijangka akan menyaksikan puncaknya diliputi salji pada minggu depan.

Demikian menurut pengkaji cuaca tempatan di Jepun pada Khamis (31 Okt).

Salji secara purata mula terbentuk pada gunung tertinggi di Jepun itu pada 2 Oktober.

Sebelum ini, waktu paling lewat salji terbentuk pada Gunung Fuji adalah pada 1955 dan 2016, di mana salji mula turun pada 26 Oktober.

"Hujan berkemungkinan turun buat sementara waktu dekat Gunung Fuji pada 6 November," menurut laman ramalan cuaca tenki.jp yang diusahakan oleh Persatuan Cuaca Jepun pada Khamis (31 Okt).

"Angin dingin akan menderu masuk dan mengubah air hujan kepada salji berhampiran puncak gunung," menurut laman itu.

"Cuaca akan secara beransur bertukar menjadi cerah dan salji pertama pada gunung itu mungkin dapat dilihat pada pagi 7 November."

Satu lagi syarikat Weather News juga menyatakan pada Rabu (30 Okt) bahawa 'kemunculan salji pertama berkemungkinan besar ditunda ke November".
Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan