Salah satu kotak hitam pesawat American Airlines terhempas mungkin sudah ditemui
Pasukan penyelam mungkin telah menemui satu daripada dua perakam data, atau kotak hitam milik pesawat American Airlines yang terhempas di Washington DC, lapor CBS pada Khamis (30 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP)
MOSKO: Pasukan penyelam mungkin telah menemui satu daripada dua perakam data, atau kotak hitam milik pesawat American Airlines yang terhempas di Washington DC, lapor CBS pada Khamis (30 Jan).
Menurut laporan itu, pesawat berkenaan patah kepada beberapa bahagian dengan kedalaman antara 1.5 meter hingga 2.5 meter.
CBS turut melaporkan para penyelam berjaya mengakses kokpit pesawat berkenaan.
Helikopter Black Hawk yang bertembung dengan pesawat American Airlines itu terbalik namun sebahagian besar struktur helikopter itu masih utuh.
Sementara itu, Associated Press melaporkan berdasarkan rakaman perbualan, helikopter tentera yang bertembung dengan pesawat itu gagal memberi respons kepada amaran pengawal trafik udara mengenai kedudukan pesawat sebelum pertembungan itu berlaku.
Kurang 30 saat sebelum nahas itu berlaku, pengawal trafik udara dilaporkan bertanya kepada juruterbang helikopter sama ada beliau melihat pesawat berkenaan, menurut laporan AP.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.