Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS salah guna kuasa negara berhubung larangan TikTok, tegas China

Anggaran Waktu Membaca:
AS salah guna kuasa negara berhubung larangan TikTok, tegas China

(Gambar hiasan: Denis Charlet/AFP)

Diterbitkan : 28 Feb 2023 11:38PM Dikemas Kini : 28 Feb 2023 11:40PM
BEIJING: China menyatakan Amerika Syarikat (AS) mentafsirkan konsep keselamatan negara secara keterlaluan, dan menyalahgunakan kuasa negara untuk menekan syarikat-syarikat asing. Ini menyusuli tindakan Rumah Putih memberi agensi-agensi pemerintah tempoh selama 30 hari untuk memadamkan aplikasi TikTok, milik China, daripada peranti pemerintah.

"Kami dengan tegas menentang tindakan salah sedemikian," tegas jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam satu taklimat media pada Selasa (28 Feb).

Larangan yang dikuatkuasakan pemerintah AS terhadap aplikasi perkongsian video tersebut mendedahkan rasa kurang Washington sendiri dan merupakan satu penyalahgunaan kuasa negara, tambahnya.

ARAHAN PADAM APLIKASI TIKTOK DARIPADA PERANTI PEMERINTAH

Rumah Putih pada Isnin (27 Feb) memberikan agensi-agensi persekutuan tempoh selama 30 hari untuk memadamkan aplikasi perkongsian video milik China, TikTok daripada semua peranti yang dikeluarkan pemerintah.

Larangan tersebut tidak menjejas perniagaan di AS yang tidak mempunyai kaitan dengan pemerintah persekutuan, atau kepada jutaan rakyat yang menggunakan aplikasi popular itu.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang yang baru diperkenalkan di Kongres akan "melarang penngunaan TikTok" di negara itu, menurut Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU).

Aplikasi milik gergasi teknologi China, ByteDance, TikTok telah menjadi sasaran politik berikutan kebimbangan bahawa aplikasi tersebut boleh digunakan untuk mengintip atau alat propaganda oleh Parti Komunis China.

Undang-undang yang ditandatangani Presiden AS Joe Biden pada bulan lalu, melarang penggunaan TikTok di peranti-peranti yang dikeluarkan pemerintah. Ia juga melarang penggunaan TikTok di Dewan Perwakilan dan Senat AS.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan