Skip to main content

Dunia

Sakit teruk, tapi jurucakap badan bencana Indonesia tetap bertugas demi bantu Sulawesi

Jurucakap agensi bencana Indonesia sedang berusaha untuk memberikan perkembangan terkini mengenai gempa-tsunami Sulawesi selama 24 jam setiap hari, meskipun beliau sendiri menghidap barah pembawa maut.

Anggaran Waktu Membaca:
Sakit teruk, tapi jurucakap badan bencana Indonesia tetap bertugas demi bantu Sulawesi

Kelihatan lebih pucat dan kurus, Encik Nugroho menerima berita bahawa beliau hanya mempunyai masa setahun untuk hidup pada Januari lalu. (Gambar: Twitter)

Diterbitkan : 04 Oct 2018 10:28PM Dikemas Kini : 04 Oct 2018 10:39PM

JAKARTA: Jurucakap agensi bencana Indonesia sedang berusaha untuk memberikan perkembangan terkini mengenai gempa-tsunami Sulawesi selama 24 jam setiap hari, meskipun beliau sendiri menghidap barah pembawa maut.

Sutopo Purwo Nugroho yang juga mesra dengan panggilan Pak Topo mengetuai usaha perhubungan pemerintah Indonesia bagi memberikan perkembangan terkini mengenai krisis di pulau Sulawesi, yang meragut nyawa lebih 1,400 orang.

Encik Nugroho, 48 tahun, enggan melepaskan tanggungjawabnya dan tetap menghadiri taklimat media setiap hari, menjawab panggilan telefon para wartawan serta berhubungan menerusi media sosial meskipun beliau "berasa semakin lemah setiap hari" kerana menghidap barah paru-paru Tahap 4.

Related article image

Gambar Encik Nugroho semasa taklimat media. (Gambar: Goh Chai Hin/AFP)

"Saya tidak boleh tipu mengenai keadaan fizikal saya - barah itu sudahpun merebak ke bahagian tubuh saya yang lain dan membuat badan saya semakin lemah," kata Encik Nugroho dalam satu mesej yang sungguh menyayat hati di media sosial pada minggu ini.

"Saya minta maaf jika saya tidak dapat membalas setiap soalan daripada para wartawan. Jika saya sihat, saya akan membalasnya walau apa pun."

Encik Nugroho, yang kelihatan lebih pucat dan kurus, menerima berita sedih bahawa beliau hanya mempunyai masa setahun untuk hidup pada bulan Januari.

Related article image

(Gambar: Goh Chai Hin/AFP)

Encik Nugroho dilaporkan sudah berjanji kepada isterinya untuk mengurangkan tugasnya namun beliau, yang dikenali ramai sebagai jurucakap mengenai bencana di Indonesia, tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau akan berbuat demikian.

Malah, Encik Nugroho berjaya memberikan perkembangan mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku pada Februari lalu dari katil hospital, menurut media tempatan.

Pada Ogos lalu pula, beliau mengeluarkan beberapa laporan mengenai gempa bumi yang menggegarkan pulau Lombok hanya beberapa minit selepas menjalani rawatan kemoterapi.

Related article image

Bencana alam yang melanda pulau Sulawesi, Indonesia meragut nyawa lebih 1,400 orang. (Gambar: Azwar/AFP)

"Para doktor memberitahu saya bahawa dengan kemoterapi dan terapi radiasi, saya mungkin mempunyai masa selama antara setahun hingga tiga tahun lagi," kata beliau.

“Ajal maut di tangan Tuhan tetapi saya ingin terus lakukan yang terbaik untuk membantu orang lain selagi saya masih hidup," tambah Encik Nugroho. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita