Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saintis Cyprus lapor penemuan varian baru COVID-19, Deltacron

Para saintis di Cyprus percaya mereka menemui varian terbaru COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:

CYPRUS: Para saintis di Cyprus percaya mereka menemui varian terbaru COVID-19.

Sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian Deltacron, yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron, memetik laporan Bloomberg.

Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu Sigma TV, terdapat jangkitan yang menggabungkan varian Omicron dan Delta.

Saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul mengesan 25 individu yang dijangkiti varian tersebut.

Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital akibat COVID-19, berbanding pesakit yang tidak dirawat di hospital.

"Kami sedang mengkaji adakah varian ini lebih mudah berjangkit berbanding varian yang ada ketika ini," katanya.

Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau 'pink eye' dan keguguran rambut.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan