Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saintis China cipta pembalut lawan bakteria 'superbug'

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Saintis China berkata mereka berjaya mencipta pembalut bijak yang boleh mengesan dan merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria secara automatik, termasuk virus ‘superbug’ yang kebal terhadap hampir semua antibiotik.

Pasukan penyelidik dari Universiti Timur Laut China (NEU) berkata pembalut "uji untuk rawat" miliknya boleh digunakan di mana-mana bahagian tubuh, pada bila-bila masa dan menggunakan kod warna yang mudah, menurut kertas kajian diterbitkan jurnal ulasan ACS Nano bulan ini.

Jangkitan kulit adalah antara penyakit berjangkit yang biasa berlaku dan proses pemulihannya mungkin mengambil masa yang lama serta menyakitkan, terutama sekali bagi pesakit kencing manis.

Para penyelidik tersebut, yang diketuai profesor NEU, Song Yan-yan dan Ding Chen, menghasilkan pembalut hydrogel dua lapis, dengan satu lapisan hijau yang bertukar kepada warna kuning dalam masa tiga jam sekiranya jangkitan dikesan.

Jika bungkusan itu kekal berwarna kuning, jangkitan bakteria yang sensitif pada ubat (DS) boleh dirawat dengan meletakkan lagi satu lapisan hydrogel, di atas pad pertama untuk mengeluarkan antibiotik yang sering digunakan pada luka.

Jika balutan itu bertukar kepada warna merah, ia menandakan wujudnya bakteria sensitif ubat (DR), virus 'superbug' yang menimbulkan cabaran meningkat dalam usaha melawan penyakit berjangkit itu.

Jangkitan sedemikian boleh dirawat dengan menambah satu lagi lapisan hydrogel yang menghasilkan spesies oksigen reaktif toksik (ROS).

Ia merupakan satu pilihan terapeutik utama yang tersedia untuk menangani jangkitan yang kebal antibiotik, yang boleh dicetuskan pergerakan atau ketika diurut.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan