Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saingan sengit antara Liberal-Nasional dengan Buruh dalam Pilihan Raya Umum Australia

Anggaran Waktu Membaca:
Saingan sengit antara Liberal-Nasional dengan Buruh dalam Pilihan Raya Umum Australia

Gambar: AP Photo/Rick Rycroft

 

SYDNEY: Kiraan undi dalam Pilihan Raya Umum Australia masih dilakukan selepas pengundian ditutup pada pukul 4.00 petang tadi (21 Mei) waktu Singapura.

Pemerintah perikatan Liberal-Nasional pimpinan Perdana Menteri Scott Morrison yang berfahaman konservatif berusaha mendapatkan semula mandat dari rakyat untuk memerintah buat empat penggal berturut-turut.

Sebaliknya parti Buruh pimpinan Anthony Albanese
berharap rakyat akan memberinya peluang pihaknya membentuk pemerintah selepas menjadi pembangkang selama sembilan tahun.

Persaingan dalam pilihan raya kali ini dikatakan yang paling sengit.

Satu tinjauan pendapat hari ini menunjukkan Buruh masih mengatasi Liberal-Nasional dengan mata 53 berbalas 47.

Dalam parlimen yang lalu Liberal-Nasional menguasai 76 daripada 151 kerusi parlimen.

Buruh pula sebanyak 68 kerusi.

Meskipun beliau sendiri kurang popular, Perdana Menteri Morrison yakin Liberal-Nasional dapat kembali berkuasa berikutan pemulihan ekonomi selepas terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Sumber : Agensi berita/MA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan