Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sahur judi, buka judi, polis ‘mari’

Sahur judi, berbuka puasa pun judi.

Anggaran Waktu Membaca:
Sahur judi, buka judi, polis ‘mari’

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 27 May 2018 03:41PM Dikemas Kini : 21 Mar 2023 09:54PM

SHAH ALAM: Sahur judi, berbuka puasa pun judi.

Itu santapan 'si tahi judi' yang sanggup menghabiskan masa mereka di meja pertaruhan. Namun, dengan tindakan pantas polis, tiga pusat dekat Taman Sri Muda dan Seksyen 32, digempur malam semalam (26 Mei).

Serbuan Bahagian Anti Maksiat Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dati Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam melalui Ops Dadu itu berjaya menangkap 33 individu, lapor Astro Awani.

Lebih separuh daripada suspek adalah lelaki beragama Islam manakala penjaga pusat judi tersebut merupakan seorang warga asing. Menurut Astro Awani, polis turut merampas 53 komputer riba dan modem serta sejumlah wang tunai.

Berdasarkan siasatan, polis percaya sindiket tersebut mula giat aktif sejak orang ramai sibuk dengan musim pilihan raya umum yang lalu.

Menurut Astro Awani lagi, kesemua suspek dan rampasan dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan