Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sah! Bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim bertanding di Port Dickson

Mohd Saiful Bukhari Azlan, lelaki dalam kes liwat calon Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim, mengesahkan pada Jumaat (28 Sep) akan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson sebagai calon bebas.

Anggaran Waktu Membaca:
Sah! Bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim bertanding di Port Dickson

Gambar fail Encik Anwar Ibrahim (kiri) dan Mohamad Saiful Bukhari Azlan (kanan). (Gambar fail: Saeed Khan/AFP)

Diterbitkan : 29 Sep 2018 07:32AM Dikemas Kini : 29 Sep 2018 07:35AM

PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan, lelaki dalam kes liwat calon Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim, mengesahkan pada Jumaat (28 Sep) akan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson sebagai calon bebas.

Akhbar The Star melaporkan bahawa bekas pembantu kepada Encik Anwar itu berkata, beliau bertanding "semata-mata sebagai seorang calon bebas" tanpa mana-mana parti yang menyokongnya.

"Biar saya jelaskan. Saya tidak bertanding kerana masa lalu dengan Anwar tetapi atas alasan lain," katanya kepada The Star.

Pada Jun 2008, Mohd Saiful membuat laporan mendakwa diliwat oleh Encik Anwar.

Encik Anwar dipenjara pada Februari 2015 selepas mahkamah tertinggi Malaysia menolak rayuannya terhadap sabitan kesalahan pada 2004, yang beliau dakwa bermotifkan politik.

Walau bagaimanapun, Encik Anwar mendapat pengampunan diraja pada 16 Mei lalu sebaik Pakatan mengambil alih kerajaan. 

Sumber : CNA/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan