SAF hulur bantuan kemanusiaan S$280,000 kepada mangsa banjir Laos
Kontinjen pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sudahpun tiba di Laos pada Khamis (26 Jul) bagi menghantar bantuan kemanusiaan bernilai S$280,000 ke kawasan yang terjejas akibat banjir di wilayah Attapeu.

Ketua misi COL Mohd Fahmi Aliman menyampaikan bantuan kepada Naib Menteri Buruh dan Bantuan Sosial Laos Baykham Khattiya (Gambar: Amir Yusof/Mediacorp)
VIENTIANE, LAOS: Kontinjen pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sudahpun tiba di Laos pada Khamis (26 Jul) bagi menghantar bantuan kemanusiaan bernilai S$280,000 ke kawasan yang terjejas akibat banjir di wilayah Attapeu.
Kontinjen seramai 19 orang itu yang turut termasuk beberapa anggota media tiba di Lapangan Terbang Vientiane menaiki pesawat RSAF, C-130 sekitar 8.30 malam waktu tempatan.
Bantuan yang dihulurkan adalah untuk para mangsa di beberapa kampung yang terjejas akibat banjir kilat setelah empangan Xe Pian-Xe Namnoy roboh di kawasan Attapeu.
Berpuluh-puluh orang mati manakala ramai yang lain masih dilaporkan hilang dalam tragedi lima bilion meter padu air - yang boleh mengisi dua juta kolam renang saiz Olimpik - melimpah ke kampung-kampung berdekatan.
Bekalan bantuan termasuk khemah-khemah, catuan makanan, air botol dan bekalan perubatan daripada SAF.
SAF juga mendermakan lima bot getah bermotor untuk membantu misi menyelamat.
Sebuah lagi pesawat RSAF C-130 akan berlepas hari ini untuk menghantar 11 khemah pasang siap serta para pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk menyertai usaha tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.