Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sabit Merah Saudi kendali lebih 11,000 aduan di Masjidil Haram

Anggaran Waktu Membaca:
Sabit Merah Saudi kendali lebih 11,000 aduan di Masjidil Haram

(Gambar: Saudi Red Crescent Authority)

MAKKAH: Penguasa Sabit Merah Saudi menangani lebih 11,000 aduan di Masjidil Haram. 

Demikian menurut Penolong Pengarah Agung Wilayah Makkah bagi Ehwal Teknikal Hassan Nafei. 

Dalam wawancaranya bersama saluran Al-Ekhbariya, Encik Nafei turut mendedahkan bahawa penguasa tersebut menangani lebih 11,414 aduan kecemasan, dengan 10,184 daripadanya adalah kes-kes melibatkan penyakit, manakala lagi 1,230 kes membabitkan kemalangan. 

Encik Nafei juga mengesahkan bahawa khidmat pasukan ambulansnya sangat berkesan yang ditempatkan di 34 lokasi di Masjidil Haram, lapor Saudi Gazette. 

Buat masa ini, mereka dikerahkan ke lebih sepuluh lokasi di bahagian tengah bandar tersebut serta tempat-tempat perhimpunan di pintu-pintu masuk Masjidil Haram. 

Kes-kes kecemasan ditangani menggunakan peranti perubatan terkini dan pasukan ambulans yang berkelayakan tinggi, tambah Encik Nafei.

Pihak penguasa tersebut mempunyai lebih 450 pegawai kesihatan, termasuk doktor dan paramedik, kata Encik Nafei. 

Beliau turut menarik perhatian bahawa pasukannya menyediakan khidmat perubatan kecemasan yang terbaik untuk para jemaah dan pengunjung dan menghantar mereka ke hospital-hospital terdekat untuk memberikan khidmat jagaan perubatan sekiranya keadaan mereka bertambah teruk. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan