Skip to main content

Dunia

Sabah wajibkan pelawat dari 11 negara jalani perintah kuarantin

Anggaran Waktu Membaca:

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menetapkan pelawat dari 11 negara dikehendaki menjalani kuarantin wajib sebelum memasuki negeri itu berkuat kuasa pada Selasa, 28 Disember ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata pelawat yang terlibat adalah dari United Kingdom, Arab Saudi, Australia, Norway, Perancis, Kanada, Denmark, Nigeria, Amerika Syarikat, India dan Pakistan.

“Pelawat hendaklah menjalani kuarantin wajib melalui Pintu Masuk Antarabangsa Pertama di pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan sebelum dibenarkan untuk memasuki atau meneruskan penerbangan ke Sabah,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad (26 Dis).

Sementara itu, Masidi berkata Sabah merekodkan 108 kes COVID-19 pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif 239,590 kes dengan satu kematian dilaporkan di Kota Belud.

“Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 222 menjadikan jumlah kumulatif (sembuh) 232,293 orang, manakala 678 pesakit sedang menerima rawatan,” katanya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita