Skip to main content

Dunia

Sabah kerugian lebih RM450 juta ekoran kecurian bekalan air, elektrik sejak 2010

Kerajaan Negeri Sabah dan agensi berkaitan mengalami kerugian lebih RM450 juta (S$147 juta) akibat kecurian bekalan air dan elektrik sejak 2010 hingga kini, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu pada Rabu (23 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Sabah kerugian lebih RM450 juta ekoran kecurian bekalan air, elektrik sejak 2010

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 23 Dec 2020 02:33PM Dikemas Kini : 23 Dec 2020 02:37PM

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah dan agensi berkaitan mengalami kerugian lebih RM450 juta (S$147 juta) akibat kecurian bekalan air dan elektrik sejak 2010 hingga kini, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu pada Rabu (23 Dis).

Timbalan Ketua Menteri Bung Moktar Radin (BN-Lamag) berkata daripada jumlah itu RM342 juta (S$111.9 juta) adalah kerugian akibat penyambungan bekalan air secara haram manakala selebihnya melibatkan kecurian bekalan elektrik.

Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata kecurian bekalan elektrik pula melibatkan penyambungan haram elektrik terutama kawasan setinggan dengan kerugian RM90 juta (S$29.4 juta) manakala 3,408 kes usikan meter elektrik dikesan melibatkan kerugian RM24.7 juta (S$8.1 juta).

"Bayangkan duit ini jika dikumpul apa boleh kita lakukan untuk rakyat… rakyat Sabah berhak dapatkan bekalan air yang bersih dan elektrik secara konsisten, beri saya lima tahun di kementerian (Kerja Raya) saya akan selesaikan masalah ini.

"Ini (penyambungan haram) tidak boleh dibiarkan kerana boleh mengganggu bekalan air dan elektrik untuk rakyat secara keseluruhan," katanya menjawab soalan lisan Dr Aliakbar Gulasan (ADUN dilantik) yang bertanya mengenai jumlah kerugian akibat kecurian bekalan itu dan langkah diambil bagi mengatasinya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita