Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sabah benarkan bufet di hotel, restoran

Sabah membenarkan hidangan secara bufet di semua hotel dan rumah penginapan berbayar yang mempunyai restoran di dalam premis masing-masing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sabah benarkan bufet di hotel, restoran

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Mar 2021 09:07AM Dikemas Kini : 18 Mar 2021 09:15AM

KOTA KINABALU: Sabah membenarkan hidangan secara bufet di semua hotel dan rumah penginapan berbayar yang mempunyai restoran di dalam premis masing-masing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata SOP itu termasuk merekodkan kehadiran pelanggan menerusi aplikasi MySejahtera, Sabah Trace atau buku catatan, selain pelanggan perlu membuat imbasan suhu badan serta menggunakan pelitup muka semasa mengambil makanan.

“Setiap hotel dan restoran diminta menyediakan sarung tangan plastik atau cecair pembasmi kuman untuk pelanggan selepas menggunakan sudu penghidang secara bergilir. Semasa beratur di kaunter, semua pelanggan harus mematuhi penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan pada Rabu (17 Mac).

Beliau berkata restoran dan kafe dalam premis turut dibenarkan beroperasi bagi semua perkhidmatan penuh termasuk tempahan bilik dan penghantaran, selain restoran di hotel boleh menerima tetamu secara berkumpulan dengan penjarakan fizikal serta tertakluk kepada kapasiti restoran.

Waktu makan boleh dibuat secara berkala atau berjadual untuk mengelakkan kesesakan, katanya.

Sementara itu, Encik Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata sebanyak 31 kes baru positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Sabah sebanyak 54,001 kes, dengan dua kematian masing-masing satu di Kinabatangan dan Sandakan.

Sebanyak 81 pesakit sudah sembuh dan dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh di Sabah seramai 53,146 orang, katanya.

Mengulas perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Sabah, Masidi berkata seramai 3,168 individu menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 hari ini, menjadikan keseluruhan penerima suntikan pertama seramai 35,537 orang.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan