S'pura tawar bantuan untuk kawasan terjejas empangan runtuh Laos
Singapura menawarkan bantuan dan bekalan segera termasuk makanan kepada kawasan yang terjejas oleh sebuah empangan runtuh di Laos. Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa (24 Jul).

Penduduk di sebuah kampung di selatan Laos banjir akibat empangan runtuh (Gambar: AFP)
SINGAPURA: Singapura menawarkan bantuan dan bekalan segera termasuk makanan kepada kawasan yang terjejas oleh sebuah empangan runtuh di Laos. Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa (24 Jul).
"Pemerintah Singapura berdukacita atas kehilangan nyawa dan kemusnahan kediaman akibat empangan yang runtuh di wilayah Attepeu di Laos pada Isnin, 23 Julai 2018," menurut kenyataan MFA.
"Kami melahirkan simpati mendalam kepada mereka yang terjejas."
MFA menambah bahawa Kedutaan Singapura di Vientiane tidak menerima sebarang laporan mengenai warga Singapura yang terjejas oleh banjir tersebut sejauh ini.
Ia turut menyatakan warga Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Vientiane di talian +856 21 353939 atau Pejabat Petugas MFA (24 jam) di +65 6379 8800.
Ratusan orang dilaporkan hilang dan sebilangan daripada mereka dikhuatiri terkorban apabila sebuah empangan kuasa hidro yang sedang dibina di tenggara Laos runtuh selepas hujan lebat.
Nahas di tenggara wilayah Attapeu lewat Isnin itu mencetuskan limpahan air sebanyak lima bilion kubik meter - bersamaan lebih dua juta kolam renang Olimpik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.