Skip to main content

Dunia

S'pura sokong pendekatan pelbagai hala untuk tangani perubahan iklim

Singapura menyokong pendekatan pelbagai hala untuk menangani perubahan iklim dan ia sedang berusaha untuk menyokong negara-negara membangun. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Dec 2018 11:29PM Dikemas Kini : 13 Dec 2018 11:37PM

POLAND: Singapura menyokong pendekatan pelbagai hala untuk menangani perubahan iklim dan ia sedang berusaha untuk menyokong negara-negara membangun.

Demikian menurut Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli di Persidangan Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa Bersatu di Katowice, Poland pada Rabu (12 Dis).

"Sebagai Pengerusi ASEAN, Singapura sudah bekerjasama untuk memastikan perubahan iklim menjadi keutamaan. Di Sidang Puncak ASEAN ke-33, pemimpin ASEAN mengenakan Kenyataan Bersama ASEAN mengenai Perubahan Iklim.

"Singapura juga mengadakan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Khusus mengenai Tindakan Iklim (SAMCA) dan SAMCA yang diperluas pada bulan Julai untuk meningkatkan tindakan serantau bagi menangani perubahan iklim," hujah Encik Masagos.

Beliau menambah Singapura komited sepenuhnya untuk menyokong tindakan global mengenai Perubahan Iklim.

Encik Masagos yang juga merupakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam menarik perhatian bagaimana Singapura juga sudah mengemukakan pelan iklim negara untuk mengurangkan tahap intensiti pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 36 peratus menjelang 2030 berbanding paras tahun 2005.

"Untuk menggalakan orang awam turut bersikap peka mengenai perubahan iklim, Singapura memperuntukkan 2018 sebagai Tahun Tindakan Iklim. Sepanjang tahun ini, kami sudah menerima lebih 300,000 ikrar iklim daripada semua pemegang taruhan.

"Kami juga mengambil langkah-langkah untuk melindungi diri sendiri terhadap kesan negatif perubahan iklim," kata beliau kepada para peserta antarabangsa. 

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita