Skip to main content

Dunia

S'pura sahkan hubungan baik dua hala dengan Bhutan, Liechtenstein

Singapura mengesahkan lagi hubungan baik dua hala dengan Bhutan dan Liechtenstein, semasa di luar perhimpunanan agung PBB. 

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura sahkan hubungan baik dua hala dengan Bhutan, Liechtenstein
Diterbitkan : 24 Sep 2019 04:02PM Dikemas Kini : 24 Sep 2019 04:05PM

NEW YORK: Singapura mengesahkan lagi hubungan baik dua hala dengan Bhutan dan Liechtenstein, semasa di luar perhimpunanan agung PBB.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong bertemu dengan Putera Mahkota Liechtenstein, Putera Alois bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama.

Ini termasuk komitmen terhadap dasar berbilang pihak dan menyokong kumpulan-kumpulan negara kecil seperti Froum negara-negara kecil dan kumpulan kawal selia Global.

Dalam pertemuan berasingan, PM Lee dan Perdana Menteri Bhutan, Dr Lotay Tshering membincangkan kerjasama dua hala yang berterusan dalam bidang jagaan kesihatan, teknikal dan latihan kejuruan.

Kedua-dua pemimpin juga meneroka cara-cara untuk memperkukuh lagi hubungan dua hala. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita