S'pura-AS perbaharui perjanjian pembangunan ASEAN, Timor-Leste
Singapura dan Amerika Syarikat memperbaharui perjanjian latihan yang membantu negara-negara ASEAN dan Timor-Leste memenuhi matlamat pembangunan mereka.
SINGAPURA: Singapura dan Amerika Syarikat memperbaharui perjanjian latihan yang membantu negara-negara ASEAN dan Timor-Leste memenuhi matlamat pembangunan mereka.
Menteri Luar Vivian Balakrishnan dan Setiausaha Negara Amerika Michael Pompeo menandatangani Memorandum Persefahaman bagi Program Latihan Negara Ketiga di luar mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN pada Sabtu (4 Ogos).
Ini merupakan kali kedua program tersebut diperbaharui sejak ia mula dilancarkan pada 2012.
Melalui program itu, Amerika Syarikat dan Singapura membantu menyediakan pembangunan keupayaan kepada Asia Tenggara dalam pelbagai bidang.
Sejak dimulakan, 1,000 pegawai pemerintah sudah menjalani latihan di 40 program bersama.
Ini termasuk program untuk meningkatkan hubungan serantau seperti kemudahan perdagangan dan ekonomi digital, serta membina ketahanan serantau seperti keselamatan siber dan antimikrob.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.