S'pura, M'sia bekerjasama bangunkan 'perjanjian tambahan' untuk gantung projek RTS
Singapura dan Malaysia sedang berusaha untuk menghasilkan satu 'perjanjian tambahan' bagi menggantung projek Rangkaian Sistem Transit Laju Johor Bahru-Singapura (RTS).
KUALA LUMPUR: Singapura dan Malaysia sedang berusaha untuk menghasilkan satu 'perjanjian tambahan' bagi menggantung projek Rangkaian Sistem Transit Laju Johor Bahru-Singapura (RTS).
Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan mengesahkan demikian di satu sidang media yang diadakan bersama dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Anthony Loke, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin (8 Apr).
Menurut Encik Khaw, kedua-dua Peguam Negara Singapura dan Malaysia serta para pegawai lain dari kedua-dua negara akan terlibat sama dalam proses tersebut
Beliau menambah kedua-dua negara akan menangani isu itu dengan teliti seperti mana yang dilakukan bagi penggantungan projek Kereta Api Laju (HSR).
Projek RTS, kata Encik Khaw, adalah "satu bidang penting yang diberi keutamaan" kerana kesesakan lalu lintas yang teruk di Koswe.
Encik Khaw turut menarik perhatian bahawa Malaysia meminta projek tersebut digantung selama enam bulan untuk menyemak semula garis panduan projek berkenaan.
RTS yang menghubungkan kawasan Bukit Chagar di Johor dengan Woodlands dijangka boleh membawa sehingga 10,000 penumpang sejam untuk setiap arah perjalanan.
Projek itu pada mulanya dijadual siap menjelang tahun 2024 namun kini tertangguh setelah Malaysia berulang kali melengahkan pengesahan rakan usaha samanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.