S'pura kutuk serangan terhadap loji minyak Saudi; dikhuatiri ancam keselamatan serantau
Singapura mengecam serangan ke atas loji-loji minyak syarikat Saudi Aramco di Abqaiq dan Khurais, Sabtu (14 Sep) lalu.
SINGAPURA: Singapura mengecam serangan ke atas loji-loji minyak syarikat Saudi Aramco di Abqaiq dan Khurais, Sabtu (14 Sep) lalu.
Serangan tersebut, tambah MFA, mengancam kemantapan serantau dan keselamatan sumber daya tenaga sejagat. Ia mungkin menyebabkan pengurangan sehingga 50 peratus pengeluaran minyak syarikat Aramco.
Sementara itu, pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menolak sebarang rundingan dengan Amerika Syarikat selepas Washington menuduh Tehran berhubung serangan tersebut.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata, Iran mungkin menjadi dalang serangan ke atas kemudahan minyak Saudi tersebut.
Beliau juga berkata Washington sedia membantu sekutunya itu tetapi perlukan lebih banyak bukti sebelum memutuskan langkah selanjutnya.
Ahad (15 Sep) lalu, Presiden Trump berkata beliau mungkin bertemu dengan Presiden Iran Hassan Rouhani di luar Perhimpunan Agung PBB di New York minggu depan.
Tehran bagaimanapun menolak dengan keras dakwaan bahawa ia terlibat dalam serangan ke atas Saudi itu.
Kumpulan pemberontak Houthi di Yaman mengaku melakukan serangan tersebut sebagai tindak balas terhadap kempen serangan udara tentera Saudi ke atas negaranya sejak 2015.
Saudi bagaimanapun mendakwa serangan ke atas loji-loji minyaknya dijalankan menggunakan senjata-senjata Iran.
Menurut jurucakap perikatan tentera pimpinan Saudi, dron-dron yang didakwa digunakan dalam serangan tersebut tidak berlepas dari Yaman dan kumpulan Houthi sekadar boneka Iran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.