S'pura jalin hubungan lebih kukuh dengan Panama, Belanda, Belgium, Uganda
Singapura mengukuhkan lagi hubungan dengan beberapa buah negara, di luar sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dinamakan Leadership Matters - Relevance of Mahatma Gandhi in the Contemporary World (Pentingnya Kepimpinan - Kerelevanan Mahatma Gandhi dalam Dunia Kontemporari).
NEW YORK: Singapura mengukuhkan lagi hubungan dengan beberapa buah negara, di luar sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dinamakan Leadership Matters - Relevance of Mahatma Gandhi in the Contemporary World (Pentingnya Kepimpinan - Kerelevanan Mahatma Gandhi dalam Dunia Kontemporari).
Perdagangan menjadi isu utama dalam pertemuan PM Lee dengan para pemimpin Panama, Belanda, Belgium dan Uganda.
Dalam pertemuan dua hala pertama, PM Lee dan Presiden Panama Laurentino Cortizo bertukar-tukar pandangan bagi meningkatkan hubungan ekonomi dua hala.
Ini lebih-lebih lagi kerana kedua-dua buah negara berkongsi banyak persamaan sebagai negara-negara kecil yang menjadi hab di Asia Tenggara dan Amerika Latin.
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan lebih banyak kerjasama dalam bidang pendidikan, infrastruktur dan logistik.
Encik Cortizo turut mengalu-alukan kehadiran firma-firma Singapura di Panama.
Peranan kewangan inklusif dan pembangunan fintech Singapura pula mendapat tumpuan apabila PM Lee bertemu Ratu Maxima dari Belanda.
Perdana Menteri Belgium Charles Michel pula membincangkan cara-cara memperluas hubungan ekonomi dengan PM Lee.
Mereka juga membincangkan hubungan rapat antara Singapura dengan Kesatuan Eropah, serta cara mengukuhkan peraturan berbilang pihak di tengah-tengah sentimen perlindungan sejagat yang semakin berleluasa.
Potensi kerjasama serantau dengan negara-negara Afrika Timur juga dibincangkan ketika pertemuan PM Lee dengan Perdana Menteri Uganda, Dr Ruhakana Rugunda.
Mereka turut membincangkan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.