Skip to main content

Dunia

S'pura akan kemaskini komitmen kurangkan pengeluaran gas karbon di bawah Perjanjian Iklim Paris

Tidak lama lagi, Singapura akan mengemaskini komitmennya untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon di bawah Perjanjian Iklim Paris.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Dec 2019 08:12PM Dikemas Kini : 10 Dec 2019 09:23PM

MADRID: Tidak lama lagi, Singapura akan mengemaskini komitmennya untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon di bawah Perjanjian Iklim Paris.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli mengumumkan demikian di sidang puncak iklim PBB di Madrid, Sepanyol di mana beliau menggesa dunia agar mengambil langkah-langkah segera dalam hal itu.

Sidang puncak iklim PBB di Madrid minggu ini mahu menyiapkan artikel penting dalam Perjanjian Paris.

Artikel 6 itu menetapkan peraturan bagi pasaran karbon antarabangsa.

Negara-negara perlu mengemaskini komitmen nasional masing-masing bagi mengurangkan pengeluaran gas karbon menjelang tahun depan.

Namun Singapura akan melakukan tidak lama lagi.

Dalam ucapannya, Encik Masagos juga berkata Singapura akan membentangkan satu strategi jangka panjang bagi mengurangkan pengeluaran karbon.

Satu laporan PBB bulan lalu menunjukkan kadar pengeluaran gas karbon masih meningkat.

Dunia, tambah laporan itu, mungkin tidak dapat mencapai matlamat Perjanjian Paris untuk menghadkan kenaikan suhu bumi tidak melebihi 1.5 darjah Selsius.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita