Skip to main content

Dunia

Rwanda lapor 6 kematian akibat jangkitan virus Marburg

Anggaran Waktu Membaca:
KIGALI: Rwanda telah mengesahkan enam kematian akibat jangkitan virus Marburg di tengah-tengah penularan virus tersebut di negara itu.

Dalam wawancaranya yang disiarkan di televisyen pada malam semalam (28 Sep), Menteri Kesihatan Rwanda Sabin Nsanzimana berkata sebahagian besar mangsa yang dijangkiti virus tersebut adalah para pekerja kesihatan.

"Enam orang meninggal dunia akibat jangkitan virus Marburg, dan majoriti daripada mereka adalah petugas perubatan," kata Nsanzimana.

Menurut beliau, kementeriannya dengan kerjasama rakan-rakan kongsi yang lain sedang berusaha tanpa henti untuk membendung penularan virus yang membawa maut itu, dengan menjalankan pengesanan kontak dan pengasingan individu yang terjangkit.

"Kami menggesa rakyat Rwanda untuk kekal berwaspada dan meningkatkan langkah pencegahan dengan menjaga kebersihan, mencuci tangan dengan sabun, sanitasi tangan, dan mengelakkan kontak dengan individu yang terjangkit," katanya lagi.

Dua hari lalu, Kementerian Kesihatan Rwanda mengesahkan kes pertama virus Marburg dalam kalangan sejumlah pesakit.

Virus itu menyebabkan demam dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian.

Dengan kadar kematian setinggi 88 peratus, virus Marburg tergolong dalam kumpulan virus yang sama dengan Ebola.

Ia kemudian menular melalui sentuhan dengan cecair tubuh orang yang dijangkiti virus tersebut.
Sumber : AGENCIES/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita