Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusuhan Malang: Skuad kebangsaan B16 beraksi tanpa kehadiran penonton

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Skuad Kebangsaan Bawah 16 Tahun (B16) akan menamatkan baki tiga perlawanan Kumpulan B saingan Kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Bogor, Indonesia, di stadium kosong tanpa kehadiran penonton.

Ini berikutan insiden rusuhan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, baru-baru ini.

Ia selepas Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan kesemua aksi Kumpulan B, terdiri daripada pasukan tuan rumah, Malaysia, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin dan Guam, di Stadium Pakansari di Cibinong akan dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

Keputusan itu dibuat sebagai menghormati pihak terkesan dengan tragedi berdarah yang mengorbankan lebih 150 orang dalam rusuhan selepas pertembungan antara Arema FC dengan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, Sabtu lalu (1 Okt).

“Dengan ini, Kelayakan Piala Asia B17 2023 rasmi dilaksanakan tanpa penonton. Sistem pembayaran balik akan dibuat bagi yang sudah membeli tiket,” menurut catatan Facebook rasmi PSSI hari ini (3 Okt).

Skuad kebangsaan B16 kendalian Osmera Omaro bermula cemerlang di Bogor selepas membenam Palestin 4-0 sewaktu aksi pembukaan Sabtu laludan dijadual bertemu Guam (5 Okt) diikuti UAE (7 Okt) dan Indonesia pada 9 Oktober.

Hanya 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik layak ke Piala Asia B17 2023.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan