Rusuhan di Paris berlarutan buat hari kedua selepas remaja ditembak mati polis
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Reuters
PARIS: Rusuhan meletus buat malam kedua berturut-turut berikutan kematian seorang remaja yang ditembak polis Selasa lalu (27 Jun).
Mangsa dipercayai ditahan oleh pegawai polis kerana melanggar peraturan lalu lintas semasa memandu keretanya.
Polis pada mulanya mendakwa seorang pegawai telah menembak remaja itu kerana dia memandu keretanya ke arah pegawai polis itu.
Namun satu video yang tular di media sosial dan disahkan oleh agensi berita AFP, menunjukkan remaja itu berada di dalam kereta dengan dua pegawai polis berdiri di tepi kereta tersebut.
Salah seorang pegawai polis mengacukan pistol ke arahnya.
Pegawai polis itu menembak apabila kereta itu cuba beredar.
Kematian itu mencetuskan bantahan dan kebakaran di beberapa kawasan pinggir bandar Paris.
Setakat ini, 31 orang ditangkap manakala 24 pegawai polis cedera.

Sumber : AGENCIES/KH/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.