Skip to main content

Dunia

Rusia, Ukraine saling tukar 146 tawanan perang

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia, Ukraine saling tukar 146 tawanan perang

Tawanan perang diberikan bendera Ukraine berikutan pertukaran tawanan masing-masing di sebuah kawasan yang tidak dinamakan di Ukraine pada 24 Ogos, 2024 di tengah-tengah peperangan antara Ukraine dan Rusia. (Gambar: Handout / COORDINATION HEADQUART / AFP)

Diterbitkan : 25 Aug 2025 07:47AM Dikemas Kini : 25 Aug 2025 08:19AM
ISTANBUL: Rusia dan Ukraine menukar 146 tawanan perang masing-masing pada Ahad dengan pengantaraan Amiriah Arab Bersatu (UAE), menurut Kementerian Pertahanan Rusia, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam kenyataan itu, kementerian berkenaan menyatakan seramai 146 anggota tenteranya dikembalikan hasil “usaha pengantaraan kemanusiaan” oleh UAE.

Sebagai pertukaran, 146 tawanan perang Angkatan Tentera Ukraine diserahkan kepada pihak Ukraine,” katanya.

Menurut kementerian itu, lapan warga Rusia yang menetap di wilaya turut dikembalikan kepada Mosko, sebagai sebahagian daripada pertukaran itu.

Kementerian itu memaklumkan anggota tentera Rusia yang dibawa pulang itu kini berada di Belarus untuk menerima bantuan psikologi dan perubatan yang diperlukan.

Ukraine setakat ini belum mengesahkan pertukaran itu, yang berlaku di tengah-tengah usaha intensif diplomatik diketuai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi mengantara huraian konflik Rusia-Ukraine yang berlarutan sejak Februari 2022.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita