Rusia, Ukraine saling tuduh bedil kawasan sekitar loji nuklear Zaporizhzhia
Anggaran Waktu Membaca:
Stesen Tenaga Nuklear Zaporizhzhia di tenggara Ukraine adalah loji tenaga nuklear terbesar di Eropah. (Gambar: Andrey BORODULIN/AFP)
KYIV: Mosko dan Kyiv saling tuduh menuduh antara satu sama lain mengenai serangan terhadap loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine yang dikawal Rusia, mencetuskan kebimbangan berlakunya bencana radiasi, lapor Reuters.
BACA:
Zaporizhzhia adalah loji janakuasa nuklear terbesar di Eropah yang berada dalam kawalan tentera Rusia sejak awal Mac. Kakitangan Ukraine masih terus mengendalikan loji tersebut dan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kedua-dua pihak saling tuduh menuduh antara satu sama lain membedil kawasan sekitar loji kawasan sekitar tersebut.
Syarikat tenaga nuklear Ukraine, Energoatom menyatakan tentera Rusia sekali lagi membedil kawasan kompleks loji itu dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Kementerian Pertahanan Mosko menuduh tentera Ukraine membedil kompleks loji itu tiga kali dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan pertempuran berkenaan.
"Sebanyak 17 bedilan meriam dilepaskan dan empat daripadanya terkena bumbung Special Building No 1 di mana 168 bahan api nuklear WestingHouse Amerika Syarikat (AS) disimpan," menurut Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan.
Kementerian itu menyatakan 10 meletup dekat kemudahan simpanan bahan api dan tiga lagi berhampiran dengan bangunan yang menyimpan bahan api nuklear baru. Kementerian itu menyatakan keadaan radiasi di kawasan tersebut kekal normal.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengatakan pada Jumaat (26 Ogos) bahawa keadaan di Zaporizhzhia "amat berisiko tinggi" selepas dua daripada enam reaktornya disambungkan semula kepada grid elektrik selepas serangan yang menyebabkan loji nuklear itu terputus bekalan elektrik untuk pertama kali dalam sejarah.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.