Skip to main content

Dunia

Rusia-Ukraine saling bertukar 205 tawanan perang

Rusia dan Ukraine mengadakan pertukaran tawanan perang dengan setiap pihak menyerahkan seramai 205 orang tentera kepada pihak satu lagi, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia-Ukraine saling bertukar 205 tawanan perang

Tawanan perang Ukraine dilihat selepas pertukaran dilaksanakan. (Gambar: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy melalui Telegram/Reuters)

Diterbitkan : 07 May 2025 07:44AM Dikemas Kini : 07 May 2025 07:45AM
MOSKO: Rusia dan Ukraine mengadakan pertukaran tawanan perang dengan setiap pihak menyerahkan seramai 205 orang tentera kepada pihak satu lagi, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan mendedahkan hasil rundingan, seramai 205 tentera Rusia telah dibebaskan dan diserahkan dari wilayah yang dikuasai Ukraine pada 6 Mei. 

“Sebagai balasan, 205 tawanan perang Ukraine juga telah diserahkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut Anadolu Ajansi (AA), kementerian itu turut memuji usaha pengantaraan Amiriah Arab Bersatu (UAE) dalam memudahkan pertukaran tawanan itu serta menzahirkan penghargaan atas sumbangan kemanusiaannya.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa tentera Rusia yang telah dikembalikan sedang menjalani penilaian psikologi dan perubatan di Belarus sebelum dibawa pulang ke Rusia untuk rawatan dan pemulihan lanjut.
Sumber : Reuters/IM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita