Rusia tumpas percubaan Ukraine bunuh pegawai kanannya
Khidmat Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) menyatakan pada Khamis (26 Dis) bahawa ia telah menggagalkan beberapa percubaan oleh khidmat perisikan Ukraine untuk membunuh para pegawai kanan Rusia dan keluarga mereka di Mosko menggunakan bom yang dipasang pada alat pengecas peranti atau fail dokumen.

Pada 17 Dis, khidmat perisikan Ukraine (SBU) membunuh Leftenan Jeneral Kirillov, ketua Tentera Perlindungan Nuklear, Biologi dan Kimia Rusia, di Mosko di luar bangunan apartmennya dengan meletupkan bom yang dipasang pada skuter elektrik.
Sumber SBU mengesahkan kepada Reuters bahawa agensi perisikan Ukraine mendalangi serangan itu. Rusia menyifatkan pembunuhan itu sebagai serangan pengganas oleh Ukraine, yang telah berperang dengan negara tersebut sejak Februari 2022, dan berikrar akan membalas dendam.
"Khidmat Keselamatan Persekutuan Rusia telah mematahkan beberapa percubaan membunuh anggota tentera berpangkat tinggi Kementerian Pertahanan," kata FSB.
"Empat warga Rusia yang terlibat dalam serangan ini telah ditahan," katanya dalam satu kenyataan.
SBU tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.