Rusia tolak saranan Amerika tamatkan perang dengan Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Maxim Shemetov)
MOSKO: Rusia menyatakan ia tidak akan menerima saranan Amerika Syarikat untuk menamatkan perang di Ukraine dalam bentuk semasa.
Ini kerana saranan itu gagal menangani isu-isu utama yang dianggap sebagai punca sebenar konflik, dakwa Mosko.
Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov, menjelaskan bahawa saranan Amerika masih belum memenuhi keperluan Rusia.
Kenyataannya turut mengesahkan bahawa perbezaan pendirian antara Washington dan Mosko masih belum dapat dirapatkan sejak Presiden Vladimir Putin memberi komen lebih dua minggu lalu.
Presiden Donald Trump kini menunjukkan tanda-tanda hilang sabar terhadap Rusia.
Encik Trump dilaporkan kecewa dengan sikap Encik Putin yang dilihat tidak bersedia mencapai persetujuan yang lebih menyeluruh.
Encik Ryabkov menegaskan pihak Rusia masih belum melihat asas kukuh untuk meneruskan proses rundingan dan saranan dari Washington masih belum boleh diterima dalam bentuk semasanya.
Beliau turut menambah, saranan tersebut tidak memberi ruang kepada tuntutan utama Rusia, khususnya berkenaan punca asas konflik, yang menurutnya sama sekali tidak disentuh dan mesti diselesaikan terlebih dahulu.
Sementara itu, Encik Putin menegaskan bahawa beliau mahu Ukraine menggugurkan sepenuhnya cita-citanya untuk menyertai NATO.
Ini sekali gus membolehkan Rusia mengawal keempat-empat wilayah Ukraine yang telah diisytiharkan sebagai wilayahnya, serta mengehadkan saiz ketenteraan Ukraine secara menyeluruh.

Sumber : Agensi berita/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.