Rusia tolak dakwaan pertahanan udaranya tembak jatuh pesawat Azerbaijan Airlines
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
MOSKO: Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa, lapor Agensi Anadolu.
“Adalah tidak wajar membuat andaian sebelum hasil siasatan dikeluarkan,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Khamis.
Pesawat yang membawa 67 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan dalam perjalanan dari Baku ke Grozny, apabila ia terhempas tiga kilometer dari Aktau di pantai Laut Caspian.
Dalam kejadian itu, seramai 29 mangsa terselamat termasuk dua kanak-kanak.
Azerbaijan dan Kazakhstan telah melancarkan siasatan berhubung insiden itu.
Awal dari itu pada Khamis (26 Dis), pegawai kanan Azerbaijan mengesahkan kepada Anadolu bahawa nahas itu disebabkan oleh sistem peluru berpandu Rusia.
Namun, pihak berkuasa penerbangan awam Rusia, Rosaviatsia menegaskan bahawa nahas mungkin berpunca daripada perlanggaran burung.
Pesawat itu dilaporkan tersasar dari laluan di Laut Caspian sebelum terhempas.
Pihak berkuasa Kazakhstan dan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev menyeru agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, sambil menyatakan cuaca buruk mungkin menyebabkan pesawat itu terpaksa mengubah haluan.
Insiden berlaku di tengah-tengah peningkatan aktiviti pertahanan udara Rusia yang menyasarkan dron Ukraine di rantau terbabit.
Data penerbangan awam menunjukkan gangguan GPS di kawasan berkenaan, menimbulkan lebih banyak persoalan.
Bagaimanapun, Encik Peskov menegaskan bahawa sebarang kesimpulan hanya boleh dibuat selepas siasatan rasmi selesai dijalankan.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.