Rusia tingkatkan serangan udara ke atas Kyiv jelang rundingan damai Trump-Zelenskyy
Anggaran Waktu Membaca:
KYIV: Rusia melancarkan salah satu serangan udara paling lama terhadap Ukraine sepanjang tahun ini, hanya sehari sebelum Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dijadual bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Florida bagi membincangkan usaha menamatkan perang yang hampir empat tahun melanda Eropah Timur.
Menurut pihak berkuasa tempatan, serangan udara ke atas bandar Kyiv dan kawasan sekitarnya mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang serta mencederakan 44 yang lain, termasuk dua kanak-kanak, seperti dinukil dari Astro AWANI.
Serangan itu berlangsung hampir sepuluh jam, dengan penduduk tempatan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila siren serangan udara berbunyi secara berselang-seli sepanjang hari Sabtu (27 Dis).
Lebih 40 peratus bangunan kediaman di Kyiv kini tidak mempunyai pemanasan susulan serangan tersebut, ketika suhu mencecah tahap beku, kata Menteri Kanan pemerintah, Oleksiy Kuleba menerusi media sosial.
Dalam perjalanan ke Amerika Syarikat, Encik Zelenskyy berkata beliau berharap mendapat isyarat jelas daripada Encik Trump bahawa Ukraine akan menerima jaminan keselamatan yang sah dari segi undang-undang sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian damai, seperti dipetik dari Astro AWANI.
Beliau turut mengulangi gesaan supaya pertahanan udara Ukraine diperkukuh, dengan menekankan keperluan tambahan peluru berpandu untuk menangkis serangan berterusan Rusia.
“Sokongan Eropah amat penting bagi kami hari ini. Kami tidak mempunyai sistem pertahanan udara yang mencukupi,” katanya.
Sebelum ke Florida, Encik Zelenskyy singgah di Kanada untuk bertemu Perdana Menteri Mark Carney.
Carney mengumumkan bantuan ekonomi tambahan sebanyak 2.5 bilion dolar Kanada (S$2.3 bilion) kepada Ukraine.
Menurut sumber pemerintah Kanada, pakej itu juga membolehkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi pinjaman tambahan AS$8.4 bilion (S$10.7 bilion) kepada Ukraine.
Encik Trump pula dalam temu bual bersama Politico berkata beliau menjangka pertemuan dengan Encik Zelenskyy akan berjalan lancar, namun menegaskan, “tiada apa-apa akan berlaku tanpa kelulusan saya.”
Encik Trump turut menyatakan hasrat untuk berbincang dengan Presiden Rusia Vladimir Putin “dalam masa terdekat.”
Serangan besar-besaran: 519 dron, 40 peluru berpandu
Menurut Tentera Udara Ukraine, Rusia melancarkan 519 dron dan 40 peluru berpandu sepanjang serangan malam itu, menyasarkan infrastruktur tenaga dan kemudahan awam di Kyiv.
Kebakaran dilaporkan berlaku di beberapa lokasi termasuk bengkel kereta dan bangunan kediaman, memaksa penghuni rumah jagaan warga emas dipindahkan.
Dalam kenyataan di platform X, Encik Zelenskyy mengecam sikap Rusia yang kononnya berunding tetapi terus melancarkan serangan.
“Kinzhals dan Shaheds adalah bahasa sebenar mereka,” katanya merujuk kepada peluru berpandu balistik Rusia dan dron buatan Iran.
Rundingan damai: 20 perkara, kompromi besar
Pertemuan Zelenskyy-Trump dijangka memberi tumpuan kepada pelan damai 20 perkara yang dirangka selepas draf asal 28 perkara dikritik kerana terlalu memihak kepada Moscow.
Encik Zelenskyy memberi isyarat kesediaan untuk berkompromi, termasuk tidak lagi mengejar keanggotaan penuh NATO dan menarik balik tentera dari sebahagian wilayah Donetsk yang tidak diduduki Rusia, dengan syarat pengunduran itu bersifat timbal balik, lapor Astro AWANI.
Bagaimanapun, Kremlin masih belum memberikan maklum balas rasmi terhadap cadangan terbaharu itu.
Jurucakap Dmitry Peskov berkata: “Melepaskan baki wilayah Donetsk boleh memberi kesan besar.”
Encik Zelenskyy menegaskan, sebarang perubahan sempadan mesti diputuskan melalui referendum rakyat Ukraine, sambil menggesa sekutu Barat meningkatkan tekanan terhadap Rusia.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.