Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia timbangkan langkah sertai China dalam larangan import makanan laut Jepun

Anggaran Waktu Membaca:
MOSKO: Rusia sedang menimbangkan langkah menyertai China dalam larangan import makanan laut Jepun.

Ini selepas Jepun melepaskan air radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima ke dalam laut.

Menurut seorang pengawal selia Rusia pada Selasa (26 Sep), negara tersebut sedang berbincang dengan Jepun mengenai isu itu.
Pemerhati keselamatan makanan Rusia, Rosselkhoznadzor, pada Selasa menyatakan pihaknya sudah berbincang mengenai makanan Jepun yang diimport bersama sekutunya, China. Rusia adalah salah satu pembekal terbesar produk makanan laut kepada China, sedang ia merancang untuk meningkatkan bahagian pasarannya.

Setakat ini, Rusia sudah mengimport 118 tan makanan laut Jepun tahun ini, dedah pemerhati tersebut.

Rosselkhoznadzor menyatakan ia sudah menghantar surat kepada Jepun untuk mengadakan perbincangan dan meminta negara itu maklumat tentang ujian radiologi Jepun terhadap produk ikan yang diimport sebelum 16 Oktober, termasuk tritium.

Jepun akan meneliti pengumuman Rusia yang dikeluarkan pada Selasa, kata jurucakap tertinggi kerajaan Jepun Hirokazu Matsuno pada Rabu (27 Sep).
Dalam laporan ujian air baharunya pada Isnin (25 Sep), Kementerian Alam Sekitar Jepun menyatakan keputusan analisis dari air laut yang diambil pada 19 September, menunjukkan kandungan tritium berada di bawah paras pengesanan lebih rendah di semua 11 lokasi mengambil sampel. Ia tidak mempunyai kesan terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.

Rusia juga tidak mengesan perkara luar biasa dalam sampel makanan laut dari kawasan Rusia yang berdekatan dengan lokasi di mana air yang dirawat itu dilepaskan.

Demikian menurut cawangan timur Rosselkhoznadzor pada Selasa, lapor Interfax.

Rusia mengeksport 2.3 juta metrik tan produk makanan laut tahun lalu bernilai AS$6.1 bilion (S$8.4 bilion),iaitu sekitar separuh hasil tangkapannya. China, Korea Selatan dan Jepun merupakan pengimport terbesar, dedah agensi perikanan Rusia.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan