Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia tidak tolak rundingan dengan Ukraine, kata Putin

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia tidak tolak rundingan dengan Ukraine, kata Putin

(Gambar fail: AFP/Gavriil Grigorov/Sputnik)

Diterbitkan : 30 Jul 2023 12:34PM Dikemas Kini : 30 Jul 2023 12:59PM
MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu (29 Jul) berkata inisiatif dari Afrika mungkin boleh menjadi asas bagi menjalin perdamaian di Ukraine.

Namun, katanya, serangan oleh tentera Ukraine menyukarkan usaha mewujudkan perdamaian.

Presiden Putin berkata demikian di sidang media selepas bertemu pemimpin-pemimpin negara Afrika di St Petersburg pada Jumaat (28 Jul) di mana mereka membincangkan rancangan damai Afrika itu.

"Terdapat beberapa peruntukan dalam inisiatif damai itu yang sedang dilaksanakan" kata Presiden Putin.

"Namun terdapat juga perkara-perkara yang sukar atau mustahil untuk dilaksanakan."

Pada Jun lalu, agensi berita Reuters melaporkan bahawa rancangan damai Afrika bagi menamatkan konflik itu bermula dengan langkah-langkah membangunkan keyakinan, diikuti dengan perjanjian menamatkan tindakan keganasan yang disertai rundingan antara Rusia dan pihak Barat.

Presiden Putin berkata salah satu perkara dalam inisiatif itu ialah gencatan senjata.

"Bagaimanapun, tentera Ukraine berada dalam kedudukan menyerang, mereka menyerang, mereka menjalankan operasi serangan strategik besar-besaran ... Kami tidak dapat menghentikan tindak balas apabila diserang."

Dalam pada itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menolak idea gencatan senjata yang akan membolehkan  Rusia menguasai kira-kira 20 peratus negaranya serta memberi masa kepada tentera Rusia untuk berkumpul semula selepas 17 bulan berperang.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan